Ekspedisi Jeneral Gaines Perang Seminole Kedua

Tentera biasa Amerika Syarikat pada masa itu adalah kecil, dengan kurang dari 7,500 orang mengawal sejumlah 53 pos.[23] Ia tersebar sedikit, untuk mengawal sempadan Kanada, bagi menduduki kubu persisiran, dan terutamanya, memindah puak Indian ke barat dan memantau bagi mengasingkan mereka dari penduduk kulit putih. Keperluan sementara bagi tentera tambahan diisi oleh pasukan bersenjata negeri dan jajahan, dan oleh unit sukarelawan tadbir sendiri. Ketika berita dan khabar angina mengenai pertempuran tersebar, tindakan dilakukan pada banyak peringkat. Maj. Jen. Winfield Scott idtempatkan bagi menguruskan perang. Kongres meluluskan US$620,000 bagi perang. Kompeni sukarelawan mula dibentuk di Alabama, Georgia dan Carolina Selatan. Jeneral Gaines mengumpulkan 1,100 membentuk satu pasukan biasa dan sukarelawan di New Orleans, Louisiana dan berlayar dengan mereka ke Fort Brooke.[24]

Melihat kematian Major Dade dan Pemerintahannya

Apabila Gaines sampai ke Fort Brooke, dia mendapati dirinya kekurangan perbekalan. Kerana mempercayai bahawa Jeneral Scott telah menghantar bekalan ke Fort King, Gaines memimpin orangnya ke Fort King. Ditengah perjalanan, mereka menjumpai tempat penyembelihan Dade, dan menanam mayat dalam tiga kubur besar. Pasukan tersebut sampai ke Fort King selepas sembilan hari dan mendapati ia sangat kekurangan perbekalan. Selepas menerima ration selama tujuh hari dari Jeneral Clinch di Fort Drane, Gaines menghala kembali ke Fort Brooke. Dia berharap untuk mencapai sesuatu bagi usahanya, Gaines membawa orangnya melalui laluan lain kembali ke Fort Brooke, bertujuan untuk bertempur dengan puak Seminoles di kubu kuat mereka di Teluk Sungai Withlacoochee. Akibat kekurangan pengetahuan negeri tersebit, pasukan Gaines sampai ke tempat sama di Withlacoochee di mana Clinch bertembung dengan Seminoles sebulan setengah sebelumnya, dan ia mengambil masa satu hari lagi untuk menjumpai tempat menyeberang ketika kedua pihak berbalas-balas tembakan seberang sungai.[25]

Ketika usaha menyeberang dicuba di arungan Withlacoochee, Lt. James Izard tercedera (dan kemudiannya mati). Jeneral Gaines ditembak. Dia tidak dapat menyeberang, dan jika dia kembali ke Fort King orang-orangnya akan kehabisan ration. Gaines menyuruh orang-orangnya membina perkubuan, yang dikenali sebagai Kem Izard,dan menghantar berita kepada Jeneral Clinch. Gaines berharap puak Seminoles akan menumpu sekeliling Kem Izard, dan pasukan Clinch kemudian dapat menyerang puak Seminoles dari belakang, menghancurkan mereka antara dua pasukan. Malangnya, Jeneral Scott, yang menguruskan perang, memerintah Clinch untuk kekal di Fort Drane. Tidak lama kemudian, orang-orang Gaines mula terpaksa memakan kuda, baghal dan kadang-kala anjing, ketika pertempuran berlangsung selamalapan hari. Masih di Fort Drane, Clinch memohon agar Jeneral Scott menukar arahannya dan membenarkannya pergi membantu Gaines. Clinch akhirnya memutuskan untuk mengingkari Scott dan pergi untuk menyertai Gaines hanya satu hari sebelum kebenaran Scott untuk melakukannya sampai di Fort Drane. Clinch dan orangnya sampai ke Kem Izard pada 6 March, menghalau puak Seminoles.[26]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...